Friday, September 4, 2009

SIMPULAN BAHASA

(AKTIVITI SOKONGAN BAGI PROGRAM NILAM)
klik "link" dibawah untuk meneruskan aktiviti

Aplikasi NILAM

Semua Guru Kelas dikehendaki membuat muat turun aplikasi NILAM yang disediakan untuk kegunaan kelas masing-masing. Semua data NILAM hendaklah dihantar pada awal bulan.

Thursday, May 28, 2009

NILAM

PROGRAM NILAM
Pelbagai program dan aktiviti menbaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan saru program yang menggabungkan kesemua aktiviti menbaca tersebut. Program ini dinamai NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan utnuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.
MATLAMAT :
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.
OBJEKTIF:
Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk :a. Menjadikan murid banyak membaca.b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
TAHAP PROGRAM NILAMProgram NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebgai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN
MEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Tahap ini dinamakan JAUHARI. Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.1. Muird mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca (Pertengahan Tahun 1).2. Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Pada kebiasaannya murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu.
Program Nilam SKST © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute